Selamat datang Ke Laman Web KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHTS(KOKAMAS)
Selamat datang ke KOKAMAS
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
COOPMARTKEDAIKOMUNITIANDA
Koperasi Kariah Masjid Ambangan Heights Kedah Berhad atau KOKAMAS telah didaftarkan pada 05 Februari 2016 di bawah Akta Koperasi 1993. Matlamat penubuhan ialah meningkatkan nilai sosial dan ekonomi masyarakat setempat selaras dengan prinsip koperasi. Sementara tujuan koperasi ini ditubuhkan ialah untuk penduduk kariah Ambangan Heights berjinak-jinak dengan dunia perniagaan disamping mempelbagaikan fungsi masjid itu sendiri yang mana tidak sahaja sebagai tempat beribadah dan menuntut ilmu agama malahan digunakan untuk memajukan dan menjayakan ekonomi ummah. Pelbagai produk keperluan harian dijual bagi memenuhi permintaan pelanggan. Beberapa perkhidmatan seperti pembayaran bil, perkhidmatan penghataran dan sewaan tapak berniaga (bermusim) juga di sediakan.